Mulakan dengan Perniagaan Shaklee

Untuk bermula dalam perniagaan yang baharu bukan hanya memerlukan inisiatif dan momentum, malah sikaf positif dan keinginan untuk memiliki harai esok yang lebih baik.

Anda miliki komitmen kami untuk lakukan segala yang boleh untuk membantu anda mencipta kejayaan paling hebat dalam hidup anda!

Anda akan dapati di Shaklee yang anda membina perniagaan untuk diri anda sendiri, tetapi tidak bersendirian. Syarikat, penaja dan pemimpin perniagaan akan memimpin dan menyokong anda untuk mencapai kejayaan. Tetapi ianya adalah perniagaan anda sendiri, dan sama ada kecil atau besar ianya bergantung pada diri anda sendiri.

Apakah maknanya menjadi seorang Pengedar Bebas Shaklee?

Sebagai seorang Pengedar Bebas Shaklee kami anda mempunyai hak pengedaran EKSLUSIF untuk berkongsi produk Shaklee dan peluang secara global. Satu-satunya jalan untuk orang yang anda kenali dan jumpa membeli produk Shaklee dan memulakan perniagaan Shaklee adalah melalui ANDA sebagai Pengedar Shaklee!

Bagaimanakah perniagaan Shaklee berfungsi?

Model perniagaan Shaklee adalah berkisar tentang membangunkan komuniti dan mendapat ganjaran daripadanya. Sekitar tahun 1956, Dr. Shaklee, menerokai satu model revolusi perkongsian dan penyebaran maklumat kesihatan, di mana ia digelar Pemasaran Social. Ia bermakna anda akan:

  • Gunakannya. Hanya setelah anda menggunakan produk Shaklee, anda akan memahami betapa besarnya potensi perniagaan Shaklee. Jadikanlah diri anda sebagai testimoni terbaik!
  • KONGSI. Mengapa anda mengambil keputusan menjadi sebahagian daripada Shaklee? Adakah Shaklee telah merubah sebahagian daripada hidup anda? Prospek anda ingin tahu apakah yang membuat anda tertarik dengan Shaklee dan bagaimana ia telah merubah hidup anda, jadi bersedialah untuk berkongsi! Gandingkan Shaklee dengan pengalaman peribadi anda. Itu adalah perkara penting yang perlu anda lakukan untuk mengembangkan perniagaan anda.
  • MEMBINA. TAJA para pelanggan ataupun rakan pilihan anda di dalam perniagaan anda dan KEMBANGKAN perniagaan anda dengan mengajar yang lain di dalam pasukan anda untuk berkongsi di samping menaja.

Apakah yang menjadikan model Pemasaran Sosial berjaya?

Kami menggelarnya “Kuasa Duplikasi”. Sama sepertimana kita mengikut cadangan rakan untuk menonton filem serta makanan yang lazat di restoran, begitulah caranya berkongsi tentang Shaklee.

Apabila anda menaja para pengguna produk dan rakan kongsi perniagaan yang baru, berdasarkan kepercayaan dengan saranan dan pengalaman anda, mereka bercerita dengan orang lain tentang Shaklee dan kumpulan anda mula berkembang.

Anda pula membantu mereka belajar cara untuk berkongsi tentang Shaklee dengan orang-orang yang mereka kenali dan temui, dan bagaimana untuk membina pasukan. Dan, dalam masa pasukan mereka berkembang, pasukan anda turut sama berkembang!

Lebih ramai yang berkongsi, menaja dan berkembang, lebih berjayalah setiap individu itu jadinya.

  • null

    1. Pelanggan

    Mereka hanya membeli produk daripada anda secara terus pada harga runcit yang dicadangkan.

  • null

    2. Pengedar

    Mereka merupakan pelanggan utama atau berminat untuk menjadi rakan kongsi perniagaan yang anda taja di dalam pasukan anda dan kemudiannya boleh membeli produk dengan harga Pengedar.

  • null

    3. Pembina Perniagaan

    Mereka ialah para Pengedar di dalam perniagaan anda yang ingin memperolehi pendapatan daripada Shaklee, dan dengan berkongsi dan menaja untuk membina pasukannya sendiri, mendapat bonus kepimpinan atas usaha mereka.

  • null

    1. Untung Runcit

    Ini adalah Untung Runcit yang anda dapat dari jualan produk. Anda membeli produk di Harga Pengedar (DP) dan anda menjual pada Harga Runcit (SRP) yang disyorkan dan anda mendapat Untung Runcit dari perbezaan harga tersebut. (Untung Runcit = SRP – DP)

  • null

    2.Bonus Kumpulan Peribadi

    Apabila anda serta Pengedar Kumpulan Peribadi anda menjana jualan produk bulanan, anda akan menerima bonus berdasarkan jumlah jualan produk tersebut. Jumlah Bonus Kumpulan Peribadi dibayar berdasar kepada jumlah jualan terkumpul bagi bulan kelayakan berdasarkan Jadual Bonus Kumpulan Peribadi Shaklee (sila rujuk Mukasurat 19).

  • null

    3. Bonus Kepimpinan

    Sebaik sahaja anda mencapai tahap Senior Supervisor dan mula membina Supervisor lain di dalam organisasi anda, anda akan mendapat Bonus Kepimpinan bulanan pada jumlah setiap Pemimpin Perniagaan sehingga enam generasi di bawah anda, bergantung pada pangkat anda. Ini adalah bonus atas usaha anda bagi menyokong dan membangunkan kumpulan anda.

  • null

    4. Bonus Infiniti

    Bonus Infiniti adalah bonus bulanan yang dibayar maksimum 1.5% di atas Nilai Mata Kumpulan (GPV) bagi setiap orang berdasarkan Pangkat anda serta Pangkat Pemimpin Perniagaan dalam organisasi anda – bermula dari pangkat Coordinator.

  • null

    5. Program Gold Ambassador (Duta Emas)

    Sebagai Pengedar Shaklee, anda mempunyai keistimewaan untuk memperluaskan perniagaan anda ke peringkat antarabangsa.

  • null

    6. Insentif Tahunan & Program Pengikhtirafan

    • Program Lawatan Insentif
      Dapatkan Mata Ganjaran yang akan membolehkan anda dan ahli keluarga anda untuk lawatan ke destinasi yang hebat di seluruh dunia serta mendapat pengikhtirafan dan ganjaran wang tunai untuk tahap pencapaian anda sepanjang tahun.
    • Pengikhtirafan
      Diikhtiraf dan diberi ganjaran di atas kejayaan anda setiap tahun.
    • Program Subsidi Kereta
      Pencapaian tahap Supervisor, dan anda akan berpeluang untuk mendapat bonus kereta bulanan. Pemimpin yang layak untuk program ini boleh memohon bagi anugerah wang tunai untuk kereta impian seperti yang diperlukan.

Anda berminat menjadi ahli shaklee? Daftar dan kami akan menjadi penaja anda.

Sila Klik link ini : PENDAFTARAN

Keperluan kelayakan dan ganjaran akan diterbitkan oleh Shaklee Malaysia dari semasa ke semasa. Insentif Tahunan dan Kelayakan adalah keistimewaan dan bukan hak. Shaklee Malaysia berhak untuk menentukan sama ada Pengedar telah memenuhi syarat-syarat kelayakan.